Sunday, January 24, 2010

aku dan handy


Memiliki sebuah handy UHF menghadkan perhubungan radio aku dengan rakan-rakan hanya ketika ada program dijalankan. Untuk aku pergi dengan lebih jauh, aku cuba untuk mendapatkan set VHF. Setelah mencari maklumat dimerata tempat, akhirnya aku menemui website milik SCS. Disitu aku telah menyusuri katalog yang disediakan. Mata aku terpaku pada handy yang satu nih. Yang selalu aku tengok Abg Rosdi membawanya, Yaesu VX-6. Melihat pada harganya pada ketika itu, aku masih mempunyai sedikit pulus lebihan ketika dapat tunggakan gaji yang lalu, terus aku telefon Dato' Leck (tuan punya kedai). Beberapa hari selepas itu, berjaya la aku memiliki sebuah handy VHF untuk membolehkan aku terbang jauh...

aku dan radio amatur - sejarah+keracunan

Cerita tentang aku di dalam dunia radio amatur ini tidak la lama. Jika dihitung tahunnya, tidak abis lagi jari sebelah tangan kanan membilangnya. Mula-mula diperkenalkan dalam dunia radio ini tatkala aku menganggotai Pasukan Latihan Daerah (PLD), Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Gombak (PPMDG). Bebarapa tahun yang lepas, Rosdi Bin Musa (9W2GSD) yang juga merupakan salah seorang Penolong Pesuruhjaya PPMDG telah berusaha me'rolling' duit yang ada untuk membekalkan setiap seorang anggota PLD dengan set handy (UHF) untuk kegunaan perhubungan terutama ketika mengadakan program-program kepengakapan seperti kursus, perkhemahan dan sebagainya. Aku juga telah menerima set handy Kenwood TK 3102. Secara perlahan-lahan beliau mendedahkan aku dengan dunia radio dengan lebih lanjut apabila beliau sering membawa bersamanya handy VHF dan mengajak kami bersama monitor frekuensi amatur. Minat aku mula bercambah pada dunia radio amatur ini. Secara bersendirian aku mencari segala maklumat mengenai radio amatur dimana-mana...

aku dan blog - keracunan

ermmm, tiada apa yang hendak ku coretkan melainkan rasa ingin berkongsi bersama rakan-rakan mengenai dunia disekeliling ku. Sudah sekian lama aku pasang niat nak buat blog khas mengenai radio amatur setelah keracunan melihat blog rakan-rakan yang muncul bak cendawan selepas hujan, baru sekarang aku rasakan ringan jari jemari untuk menaip dan meng'klik'. Bak kata pepatah, "Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang ku jua". sebarang komen dan pendapat amatlah di alu-alukan....